Tuesday, May 30, 2017

BIOLOGI→ SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

Pada sapa-sapa yang tingkatan 4 tu baca lah sebab pentingkan. Well kali ni saya nak terangkan pasal sel haiwan dan tumbuhan. Sebenarnya kita dah belajar pun masa tingkatan 1. Sapa yang tak ingat tu tak apa lah mungkin ingatan dah hilang. Hahaha dah lah tu back to the topic, sel haiwan dan tumbuhan masa ting1 tu sikit je penerangannya tapi di ting4 kita belajar dengan lebih mendalam.

Organel – struktur yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.

Nukleus, vakuol, lisosom dll tu semua ialah organel. Setiap organel ada kerjanya. Fungsi- fungsi itu amat penting kepada haiwan dan tumbuhan. Apa kata anda semua lihat gambar di bawah dan pastikan kedudukan setiap organel.



Membran sel a.k.a. pak guard
Membran ini terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel yang dikenali sebagai membran plasma. Membran ini berfungsi sebagai mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Membran plasma terbina daripada protein dan fosfolipid. Ni dua-dua sel ada. Membran ni kita anggap macam pak guard yang jaga kat pagar tu.

Dinding sel a.k.a. dinding bangunan.
Merupakan lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma dan hanya ada kat sel tumbuhan. Dinding sel ini terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar. Dinding sel ni melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak. Dinding sel ni macam dinding bangunan lah, kukuh . maknanya kat sini sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap sebab ada sel ni lah.

Nukleus a.k.a. the big bos
Mengawal segala aktiviti sel macam bos di sebuah syarikat. Nukleus ni ketua dalam sel haiwan mahupun sel tumbuhan. Maknanya semua organel dalam sel kena ikut arahan nukleus lah. Kalau tak ikut habis lah sel tu kucar-kacir.

Vakuol a.k.a. bilik stor
Menyimpan kandungan sap sel. Ada dalam sel tumbuhan je. Vakuol berperanan sebagai tempat simpanan dalam sel. Sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organiK, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan, pigmen dan hasil sampingan metabolisme. Macam bilik stor juga, simpan barang-barang dalam tu. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang letak je dalam tu.

Mitokondrion a.k.a. pekerja
Kalau lihat menerusi mikroskop, bentuknya seakan sfera atau silinder. Mitokondrion terlibat dalam respirasi sel. Proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion. Mitikondrion ni seperti pekerja yang makan gaji buta. Hahaha..

Ribosom a.k.a. pencipta barang
Kalau nak cari ribosom , cari je jalinan endoplasma kasar dah nampak kat sebelahnya ribosom. Setiap ribosom terdiri daripada asid ribonuleik (RNA) dan protein. Ribosom menggunakan maklumat yang ada dalam kromosom untuk hasilkan protein. Seperti pencipta barang juga lah, cari material dan cara pembuatannya pastu buat barang tu.

Jalinan endoplasma a.k.a. lori pembawa barang
Terdapat dua jenis iaitu jalinan endiplasma kasar dan jalinan endoplasma licin. Yang kasar tu mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom. Yang licin pula tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksikan dadah dan racun. Sebelum dihantar ke kedai-kedai, kena lah pastikan barangan tersebut elok. Kalau rosak buang. Barangan yang dibuat oleh encik ribosom tu dimasukkan dalam lori pastu hantar.

Jasad golgi a.k.a. kilang
Berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein. Jasad golgi ni penting dan ada dalam sel tumbuhan. Jasad golgi lebih kurang macam kilang lah kan.

Lisosom a.k.a. pengangkut sampah
Lisosom menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan. Something like pengangkut sampah, diorang ambil sampah kita supaya kita boleh buang lagi sampah. Contohlah ye, kalau diorang tak buang sampah macam mana kita nak buang sampah. Nanti persekitaran pun tak cantik pastu bau busuk. Macam tu lah fungsi lisosom ni.

Kloroplas a.k.a. cat pada dinding bangunan
Kloroplas dalamnya mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil. Klorofil menyerap cahaya matahari dalam proses fotosintesis. Kloroplas lah yang buatkan sel tumbuhan berwarna hijau. Lagipun hijau akan warna yang tenang.



Dah selesai pun baca semua ni. Maaf lah kalau ada yang rasa pelik dengan penerangan saya di atas tu. Saja nak bagi anda semua seronok sikit nak baca. Selain tu boleh lah senang nak ingat sebab saya dah bagi anda semua bayangkan setiap organel tu dan kaitkan dengan kehidupan kita ni. Kena lah ingat sebab dalam exam sentiasa keluar soalan ni. Kalau x keluar pun apa salahnya nak tambah ilmu kan. See you next time semua!

1 comment:

  1. Ada penjelasan lebih x mengenai sitoplasma dan tonoplas

    ReplyDelete

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, ma...