Friday, May 19, 2017

KIMIA→ PENGENALAN KEPADA KIMIA

Kalau subjek kimia mesti subjek untuk menengah atas (tingkatan 4&5). Tapi masa kini, subjek sains menengah rendah menceritakan sedikit mengenai kimia tapi tidaklah terperinci. Apa kata saya perkenalkan pada kamu semua tentang kepentingan kimia ni.
Kimia qtau chemistry is everything. Barangan seperti syampu, bedak, ubat gigi, alat solek dan sebagainya merupakan campuran bahan kimia. Kita je yang tidak perasan atau sedar tentang ini.

Apakah kimia?
Kimia ialah jirim kajian tentang komposisi, struktur, sifat, dan interaksi antara jirim. Kimia ni bukan sahaja dijumpai di dalam makmal tetapi meliputi bahan-bahan yang biasa dijumpai. Logam, kertas, batu, dan ubat-ubatan juga adalah suatu kimia.

Zon Sejarah
  • Perkataan “kimia” berasal daripada perkataan Arab “al-kimiya” yang bermaksud seni penukaran logam.
  • Antoine Lavoisier (1743-1794), seorang ahli kimia Perancis dianggap sebagai pengasas kimia moden.
   Selalunya kalau makanan rasa tawar, kita mesti letak sedikit garam. Garam dalam kimia dipanggil natrium klorida, NaCl. Cuka pula ialah asid etanoik, CH3COOH yang cair. Itulah yang dipelajari dalam subjek kimia. Nama unsur, kiraannya, cara tindak balas akan kita belajar dalam kimia.

Kerjaya yang Berkaitan Dengan Kimia
  • Doktor
  • Ahli geologi
  • Ahli farmasi
  • Ahli patologi
  • Ahli biokimia
  • Jurutera kimia
  • Ahli hortikultur
  • Ahli akuakultur
  • Ahli bakteriologi
  • Pakar pemakanan
  • Ahli sains kosmik
  • Ahli sains forensik
  • Juruteknik makmal
  • Ahli sains alam sekitar

   Inilah antara kerjaya yang berkaitan dengan kimia. Best kan? Saya harap sangat generasi muda include me cuba untuk memasuki bidang sains ini. Gaji mereka pun banyak. Kalau saya, dalam banyak-banyak di atas, saya pilih ahli farmasi. Rasa macam best je buat ubat-ubat ni. Eh tapi tu hanya cita-cita kecil je. Cita-cita saya nak jadi businesswoman seperti Vivy Yusof dan Neelofa. Rasanya ayat tadi takde kaitan dengan topic ni so skip it. By the way, maybe next time saya akan post mengenai lebih lanjut tentang kerjaya. See you soon!!!

No comments:

Post a Comment

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, ma...