Friday, May 19, 2017

SEJARAH- TAMADUN MESOPOTAMIA

Pernah dengar tak tamadun Mesopotamia? Saya pernah dengarlah juga tamadun ni kat tv. Tapi tak pernah tahu sangat pasal tamadun ni. Tak apa, biar saya explain to you about this amazing civilization.
Tamadun_Mesopotamia
  • Tamadun Mesopotamia adalah tamadun yang terawal di dunia.
  • Perkataan ‘Mesopotamia’ dipetik dari bahasa Yunani yang bererti ‘tanah di antara dua sungai’
Kedudukan Tamadun Mesopotamia
  • Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
  • Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq sampai ke Teluk Parsi.
  • Wilayah Mesopotamia dikelilingi oleh
  • Pergunungan Zagros di timur laut
  • dataran tinggi Arab di barat daya
  • Teluk Parsi di bahagian selatan.
Tempoh Masa Kewujudan
Tamadun Mesopotamia berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M. hingga 5000 S.M. Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadun awal pada tahun 3500 S.M. Beberapa kerajaaan telah muncul di lembah Mesopotamia.
KERAJAAN
TEMPOH MASA
Sumeria
3500 - 2340 S.M.
Akkad
2371 - 2006 S.M.
Ur
2113 - 2006 S.M.
Babylon Awal
2000 – 1530 S.M.
Kassites
1530 – 1100 S.M.
Assyria
110 – 626 S.M.
Chaldea 
  1. 626– 539 S.M.         


Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang, dan akhirnya merosot. Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi.
Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Sesebuah tamadun perlulah ada ciri-ciri yang tersendiri yang menunjukkan keadaan yang berlaku pada zaman itu. Jom kita terokai tamadun ini.
  • Negara kota
Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, pelabuhan, dan kubu pertahanan. Dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar, dan rumah ibadat. Kalau nak tahu, jalan yang lurus dan lebar juga dibina (wow! Jalan pun diorang tahu nak buat. Tapi jangan pula terfikir jalan daripasa konkrit. No at all). Rumah ibadat di sana menjadi pusat sesebuah kota dan menjadi tumpuan manusia. Sebenarnya, Negara kota ni banyak dan hanya bersatu untuk menentang musuh dari luar. Maknanya, mereka ni kalau ada musuh serang barulah nak bekerjasama.
  • Organisasi
Rasanya kamu semua faham bentuk piramid di bawah.
Raja dah tentulah yang paling berkuasa antara semua. Lapisan kedua dari atas pula berperanan membantu raja mentadbir negara. Bangsawan ni pula mungkin sebab kaya kot,itulah yang diletakkan di lapisan kedua. Lapisan ketiga ni merupakan yang paling banyak iaitu rakyat jelata. Rakyat bebas ni umpama kita lah. Paling rendah sekali tu ialah hamba. Ni lah yang paling kesian. Jadi ,kita dapat dapat tahu bahawa tamadun ni pun ada sistem hamba. HAMBA PUN MANUSIA JUGA TAHU TAK!!! (marah ni)
  • Sistem pemeritahan
Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota . Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung dan mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’ . Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta . Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat . Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara . Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan . Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

  • Perkhususan perkerjaan
Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian . Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga, perdagang dan artisan .Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .Ada juga rakyat yang menjadi tentera untuk mempertahankan negara kota daripada ancaman musuh.

  • Sistem tulisan
Ia bermula dalam bentuk gambar .Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
  • Kod Undang –undang Hammurabi
Ia digubal oleh Raja Hammurabi ,pemerintah Babylon . Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan . Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat . Ia dipahat pada tembok dan tiang besar . Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
  • Hasil Tulisan
- Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
-Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
  • Ilmu pengetahuan
- Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan sistem solar (12 bulan satu tahun ).
-Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
  • Pengangkutan
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir . Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
  • Seni bina
Mereka membuat batu –bata dari tanah liat . Mereka mencipta arca seperti patung Raja Gudes . Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat.
  • Empayar pertama dunia
Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
  • Perpustakaan diraja
Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh.





Macam mana dengan fakta yang saya berikan? Tamadun Mesopotamia ni tak rugi pun untuk dipelajari dan diterokai lebih mendalam. Tamadun ini lah yang memberi pengajaran dan juga iktibar untuk zaman ini. Saya harap pembaca semua dapat mendalami Tamadun Mesopotamia. Jumpa lagi for the next post!

No comments:

Post a Comment

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, ma...