Hello
orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja.
Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, malas
segalanya lah kan. Tapi, pernah tak anda semua rasa rugi sangat sebab
tak buat pun kerja tu sebab malas. Kena marah oleh cikgu sebab tak
siap kerja sekolah. Bagi 1001 alasan kat cikgu kata tak ingat lah,
pergi rumah nenek lah itulah inilah.
Inilah
manusia. Suka tangguhkan kerja sebab malas. Tajuk pun dah kata yang
sifat malas ni rosakkan segalanya. Tak ada lah rosak sampai pasu
boleh pecah ke apa. Cuma sifat kita yang malas ni lah yang tak
majukan kita ke hadapan. Macam saya jugalah, dah siap satu post tu
kena buat post yang satu lagi. Tapi malas, saya tak buat pun post tu.
Keesokkan harinya pun tak buat sebab malas. Hinggalah tarikh deadline
pun saya masih tak buat. Ini berlarutan sampai lah semalam, bila saya
sedar yang dah lama tak update blog saya.
Saya
macam… “apa yang saya buat selama ni?” Lebih kurang dua minggu
saya tak tulis. Ni lah masalah kita kalau malas. Malas ni akan
berlarutaan sampai lah kita rasa tertekan sebab tak buat langsung.
Selalunya, kalau cikgu bagi kerja rumah sepanjang cuti dua minggu ni,
buat semua kerja rumah tu pada hari terakhir cuti juag. Masa tu lah
nak sibuk buat kerja sekolah. Cikgu bagi tempoh masa cuti ni untuk
siapkan kerja rumah tu bukannya hari last cuti tu baru nak buat.
Sepanjang cuti saya pun bukannya buat apa pun. Termenung kebosanan
tak tahu nak buat apa. Padahal ada kerja rumah.
Jadi
saya dah bertekad dan berusaha untuk lawan rasa malas ni dan nak jadi
rajin. Akhir-akhir ni, saya selalu letak apa yang nak dibuat pada
setiap hari kat planner book saya. Contohlah, saya tulis pada hari
isnin (xx.xx.xxxx) saya tulis nak kemas bilik. Bila saya tulis tu,
saya rasa terikat dan berjanji pada buku tu untuk buat apa yang
tertulis pada hari tu. Dengan izin tuhan, kita akan buat juga tugas
tu. Jadi rasanya ni lah salah satu cara bagi saya untuk tidak jadi
malas. Jadi anda semua kena lah cari cara tersendiri untuk berlawan
dengan si raksasa malas ni. In sha allah, kita boleh lawan sifat
malas tu dan menjadi rajin untuk buat sesuatu perkara tanpa
menangguhkannya.
Moral
of the story:
Buanglah
sifat malas tu kerana satu masa nanti akan merugikan kan kita semua.
Masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita walaupun sesaat.
Jadilah seorang yang rajin untuk buat sesuatu perkara agar kita rasa
senang di kemudian hari. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang
kemudian.
No comments:
Post a Comment