Pada
sapa-sapa yang tingkatan 4 tu baca lah sebab pentingkan. Well kali ni
saya nak terangkan pasal sel haiwan dan tumbuhan. Sebenarnya kita dah
belajar pun masa tingkatan 1. Sapa yang tak ingat tu tak apa lah
mungkin ingatan dah hilang. Hahaha dah lah tu back to the topic, sel
haiwan dan tumbuhan masa ting1 tu sikit je penerangannya tapi di
ting4 kita belajar dengan lebih mendalam.
Organel
– struktur yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu
fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.
Nukleus,
vakuol, lisosom dll tu semua ialah organel. Setiap organel ada
kerjanya. Fungsi- fungsi itu amat penting kepada haiwan dan tumbuhan.
Apa kata anda semua lihat gambar di bawah dan pastikan kedudukan
setiap organel.
Membran
sel a.k.a. pak guard
Membran
ini terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel yang dikenali
sebagai membran plasma. Membran ini berfungsi sebagai mengawal atur
pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Membran plasma terbina
daripada protein dan fosfolipid. Ni dua-dua sel ada. Membran ni kita
anggap macam pak guard yang jaga kat pagar tu.
Dinding
sel a.k.a. dinding bangunan.
Merupakan
lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma dan hanya
ada kat sel tumbuhan. Dinding sel ini terbina daripada gentian
selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar. Dinding sel
ni melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang
banyak. Dinding sel ni macam dinding bangunan lah, kukuh . maknanya
kat sini sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap sebab ada sel ni lah.
Nukleus
a.k.a. the big bos
Mengawal
segala aktiviti sel macam bos di sebuah syarikat. Nukleus ni ketua
dalam sel haiwan mahupun sel tumbuhan. Maknanya semua organel dalam
sel kena ikut arahan nukleus lah. Kalau tak ikut habis lah sel tu
kucar-kacir.
Vakuol
a.k.a. bilik stor
Menyimpan
kandungan sap sel. Ada dalam sel tumbuhan je. Vakuol berperanan
sebagai tempat simpanan dalam sel. Sap sel dalam vakuol mengandungi
air, asid organiK, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan,
pigmen dan hasil sampingan metabolisme. Macam bilik stor juga, simpan
barang-barang dalam tu. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang letak je
dalam tu.
Mitokondrion
a.k.a. pekerja
Kalau
lihat menerusi mikroskop, bentuknya seakan sfera atau silinder.
Mitokondrion terlibat dalam respirasi sel. Proses ini membebaskan
tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan
bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion. Mitikondrion ni seperti
pekerja yang makan gaji buta. Hahaha..
Ribosom
a.k.a. pencipta barang
Kalau
nak cari ribosom , cari je jalinan endoplasma kasar dah nampak kat
sebelahnya ribosom. Setiap ribosom terdiri daripada asid ribonuleik
(RNA) dan protein. Ribosom menggunakan maklumat yang ada dalam
kromosom untuk hasilkan protein. Seperti pencipta barang juga lah,
cari material dan cara pembuatannya pastu buat barang tu.
Jalinan
endoplasma a.k.a. lori pembawa barang
Terdapat
dua jenis iaitu jalinan endiplasma kasar dan jalinan endoplasma
licin. Yang kasar tu mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom.
Yang licin pula tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti
sintesis lipid dan penyahtoksikan dadah dan racun. Sebelum dihantar
ke kedai-kedai, kena lah pastikan barangan tersebut elok. Kalau rosak
buang. Barangan yang dibuat oleh encik ribosom tu dimasukkan dalam
lori pastu hantar.
Jasad
golgi a.k.a. kilang
Berfungsi
sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti
karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein. Jasad golgi ni
penting dan ada dalam sel tumbuhan. Jasad golgi lebih kurang macam
kilang lah kan.
Lisosom
a.k.a. pengangkut sampah
Lisosom
menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel
baharu dapat dihasilkan. Something like pengangkut sampah, diorang
ambil sampah kita supaya kita boleh buang lagi sampah. Contohlah ye,
kalau diorang tak buang sampah macam mana kita nak buang sampah.
Nanti persekitaran pun tak cantik pastu bau busuk. Macam tu lah
fungsi lisosom ni.
Kloroplas
a.k.a. cat pada dinding bangunan
Kloroplas
dalamnya mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil.
Klorofil menyerap cahaya matahari dalam proses fotosintesis.
Kloroplas lah yang buatkan sel tumbuhan berwarna hijau. Lagipun hijau
akan warna yang tenang.
Dah
selesai pun baca semua ni. Maaf lah kalau ada yang rasa pelik dengan
penerangan saya di atas tu. Saja nak bagi anda semua seronok sikit
nak baca. Selain tu boleh lah senang nak ingat sebab saya dah bagi
anda semua bayangkan setiap organel tu dan kaitkan dengan kehidupan
kita ni. Kena lah ingat sebab dalam exam sentiasa keluar soalan ni.
Kalau x keluar pun apa salahnya nak tambah ilmu kan. See you next
time semua!
Ada penjelasan lebih x mengenai sitoplasma dan tonoplas
ReplyDelete