Tuesday, May 30, 2017

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, malas segalanya lah kan. Tapi, pernah tak anda semua rasa rugi sangat sebab tak buat pun kerja tu sebab malas. Kena marah oleh cikgu sebab tak siap kerja sekolah. Bagi 1001 alasan kat cikgu kata tak ingat lah, pergi rumah nenek lah itulah inilah.

Inilah manusia. Suka tangguhkan kerja sebab malas. Tajuk pun dah kata yang sifat malas ni rosakkan segalanya. Tak ada lah rosak sampai pasu boleh pecah ke apa. Cuma sifat kita yang malas ni lah yang tak majukan kita ke hadapan. Macam saya jugalah, dah siap satu post tu kena buat post yang satu lagi. Tapi malas, saya tak buat pun post tu. Keesokkan harinya pun tak buat sebab malas. Hinggalah tarikh deadline pun saya masih tak buat. Ini berlarutan sampai lah semalam, bila saya sedar yang dah lama tak update blog saya.

Saya macam… “apa yang saya buat selama ni?” Lebih kurang dua minggu saya tak tulis. Ni lah masalah kita kalau malas. Malas ni akan berlarutaan sampai lah kita rasa tertekan sebab tak buat langsung. Selalunya, kalau cikgu bagi kerja rumah sepanjang cuti dua minggu ni, buat semua kerja rumah tu pada hari terakhir cuti juag. Masa tu lah nak sibuk buat kerja sekolah. Cikgu bagi tempoh masa cuti ni untuk siapkan kerja rumah tu bukannya hari last cuti tu baru nak buat. Sepanjang cuti saya pun bukannya buat apa pun. Termenung kebosanan tak tahu nak buat apa. Padahal ada kerja rumah.

Jadi saya dah bertekad dan berusaha untuk lawan rasa malas ni dan nak jadi rajin. Akhir-akhir ni, saya selalu letak apa yang nak dibuat pada setiap hari kat planner book saya. Contohlah, saya tulis pada hari isnin (xx.xx.xxxx) saya tulis nak kemas bilik. Bila saya tulis tu, saya rasa terikat dan berjanji pada buku tu untuk buat apa yang tertulis pada hari tu. Dengan izin tuhan, kita akan buat juga tugas tu. Jadi rasanya ni lah salah satu cara bagi saya untuk tidak jadi malas. Jadi anda semua kena lah cari cara tersendiri untuk berlawan dengan si raksasa malas ni. In sha allah, kita boleh lawan sifat malas tu dan menjadi rajin untuk buat sesuatu perkara tanpa menangguhkannya.

Moral of the story:
Buanglah sifat malas tu kerana satu masa nanti akan merugikan kan kita semua. Masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita walaupun sesaat. Jadilah seorang yang rajin untuk buat sesuatu perkara agar kita rasa senang di kemudian hari. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

From:



IMPORTANT DRINKING WATER

Hello semua yang baca post ni. Sihat? Mmmh.. macam lah anda semua nak jawab soalan saya kan. Btw dah baca topic kat atas tu. Important drinking water.
Tahu tak anda semua ni sebenarnya langsung tak cukup minum air. Macam saya juga lah saya sendiri pun tak tahu saya dah minum berapa gelas sehari. Jadi saya sebagai pemilik blog ni nak beritahu pada anda semua macam mana nak ingatkan kita supaya minum air dengan secukupnya.

  • Buat jadual peminuman air
Buat lah jadual kat planner atau kat mana-mana buku yang sentiasa kita buka. Kalau tak tahu nak buat jadual, ambil pen dan pembaris and tengok contoh di bawah.



Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat
Sabtu
Ahad
1














2














3














4














5














6














7














8














Atas ni contoh yang simple je. Anda semua boleh buat yang lebih kreatif dari ni. Sebelah kiri yang ada nombor tu merupakan bilangan yang dah minum. Contohnya satu gelas dah minum tanda lah kat 1 tu. Minum lagi segelas air tanda 2 and so on. Jadual kat atas ni untuk seminggu.

  • Cari aplikasi untuk remainder drinking water
Kita ni biasalah hari-hari mesti buka phone tapi tahu tak anda semua, phone ni boleh ingatkan kita minum air. Cari kat goggle play store atau apple app store. Kat situ ada banyak aplikasi-aplikasi yang cantik dan yang penting boleh ingatkan kita minum air 8 gelas sehari.
  • Suruh orang lain ingatkan kita
Carilah sesiapa pun yang penting boleh ingatkan kita untuk minum air. Pastikan orang tu kita boleh percaya dan seorang yang ingatannya hebat. Mana lah tahu orang tu pun lupa nak ingatkan kita. Jadi sama-sama lupa. Kalau nak berisiko tapi berkesan, suruh ibu atau bapa yang ingatkan kat kita. Lagi lah tak dapat bantah. Kalau kawan boleh lah kita bantah segala.



Minum air ni sangatlah penting kerana tubuh badan kita memerlukannya. Saya nak ingatkan pada anda dan ini sangatlah serius, jangan nak berdegil dan minum air. Sibuk-sibuk pun kena juga minum air. Ingat juga yang kita perlu minum air 8 gelas sehari . Jangan kurang jangan lebih. Usahakan diri anda untuk mendisiplinkan diri minum air. Minum air je pun tak susah atau menyusahkan diri. Sekianlah bebelan saya pada anda. Saya hanya nak ingatkan anda je sebab rakyat Malaysia ni jenis yag degil teramat dan tak dengar kata. Sorry lah kalau terkasar bahasa. Nak bagi korang sedar dan tersentap sikit. Hahaha.. btw see you soon for the next post!

BIOLOGI→ SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN

Pada sapa-sapa yang tingkatan 4 tu baca lah sebab pentingkan. Well kali ni saya nak terangkan pasal sel haiwan dan tumbuhan. Sebenarnya kita dah belajar pun masa tingkatan 1. Sapa yang tak ingat tu tak apa lah mungkin ingatan dah hilang. Hahaha dah lah tu back to the topic, sel haiwan dan tumbuhan masa ting1 tu sikit je penerangannya tapi di ting4 kita belajar dengan lebih mendalam.

Organel – struktur yang terdapat dalam sitoplasma, yang melakukan sesuatu fungsi khusus agar sel dapat berfungsi sebagai satu unit kehidupan.

Nukleus, vakuol, lisosom dll tu semua ialah organel. Setiap organel ada kerjanya. Fungsi- fungsi itu amat penting kepada haiwan dan tumbuhan. Apa kata anda semua lihat gambar di bawah dan pastikan kedudukan setiap organel.



Membran sel a.k.a. pak guard
Membran ini terdapat pada permukaan dan meliputi kandungan sel yang dikenali sebagai membran plasma. Membran ini berfungsi sebagai mengawal atur pergerakan bahan ke dalam dan ke luar sel. Membran plasma terbina daripada protein dan fosfolipid. Ni dua-dua sel ada. Membran ni kita anggap macam pak guard yang jaga kat pagar tu.

Dinding sel a.k.a. dinding bangunan.
Merupakan lapisan luar yang tegar yang mengelilingi membran plasma dan hanya ada kat sel tumbuhan. Dinding sel ini terbina daripada gentian selulosa, iaitu sejenis karbohidrat yang kuat dan tegar. Dinding sel ni melindungi sel tumbuhan daripada pecah akibat kemasukan air yang banyak. Dinding sel ni macam dinding bangunan lah, kukuh . maknanya kat sini sel tumbuhan mempunyai bentuk tetap sebab ada sel ni lah.

Nukleus a.k.a. the big bos
Mengawal segala aktiviti sel macam bos di sebuah syarikat. Nukleus ni ketua dalam sel haiwan mahupun sel tumbuhan. Maknanya semua organel dalam sel kena ikut arahan nukleus lah. Kalau tak ikut habis lah sel tu kucar-kacir.

Vakuol a.k.a. bilik stor
Menyimpan kandungan sap sel. Ada dalam sel tumbuhan je. Vakuol berperanan sebagai tempat simpanan dalam sel. Sap sel dalam vakuol mengandungi air, asid organiK, gula, asid amino, garam mineral, bahan buangan, pigmen dan hasil sampingan metabolisme. Macam bilik stor juga, simpan barang-barang dalam tu. Kadang-kadang ambil, kadang-kadang letak je dalam tu.

Mitokondrion a.k.a. pekerja
Kalau lihat menerusi mikroskop, bentuknya seakan sfera atau silinder. Mitokondrion terlibat dalam respirasi sel. Proses ini membebaskan tenaga apabila bahan makanan seperti glukosa dioksidakan dengan bantuan enzim yang hadir dalam mitokondrion. Mitikondrion ni seperti pekerja yang makan gaji buta. Hahaha..

Ribosom a.k.a. pencipta barang
Kalau nak cari ribosom , cari je jalinan endoplasma kasar dah nampak kat sebelahnya ribosom. Setiap ribosom terdiri daripada asid ribonuleik (RNA) dan protein. Ribosom menggunakan maklumat yang ada dalam kromosom untuk hasilkan protein. Seperti pencipta barang juga lah, cari material dan cara pembuatannya pastu buat barang tu.

Jalinan endoplasma a.k.a. lori pembawa barang
Terdapat dua jenis iaitu jalinan endiplasma kasar dan jalinan endoplasma licin. Yang kasar tu mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom. Yang licin pula tapak tindak balas metabolisme yang penting seperti sintesis lipid dan penyahtoksikan dadah dan racun. Sebelum dihantar ke kedai-kedai, kena lah pastikan barangan tersebut elok. Kalau rosak buang. Barangan yang dibuat oleh encik ribosom tu dimasukkan dalam lori pastu hantar.

Jasad golgi a.k.a. kilang
Berfungsi sebagai pusat memproses, membungkus dan mengangkut bahan seperti karbohidrat, protein, fosfolipid, dan glikoprotein. Jasad golgi ni penting dan ada dalam sel tumbuhan. Jasad golgi lebih kurang macam kilang lah kan.

Lisosom a.k.a. pengangkut sampah
Lisosom menyingkirkan mitokondrion dan organel lain yang rosak supaya organel baharu dapat dihasilkan. Something like pengangkut sampah, diorang ambil sampah kita supaya kita boleh buang lagi sampah. Contohlah ye, kalau diorang tak buang sampah macam mana kita nak buang sampah. Nanti persekitaran pun tak cantik pastu bau busuk. Macam tu lah fungsi lisosom ni.

Kloroplas a.k.a. cat pada dinding bangunan
Kloroplas dalamnya mengandungi pigmen hijau yang dikenali sebagai klorofil. Klorofil menyerap cahaya matahari dalam proses fotosintesis. Kloroplas lah yang buatkan sel tumbuhan berwarna hijau. Lagipun hijau akan warna yang tenang.



Dah selesai pun baca semua ni. Maaf lah kalau ada yang rasa pelik dengan penerangan saya di atas tu. Saja nak bagi anda semua seronok sikit nak baca. Selain tu boleh lah senang nak ingat sebab saya dah bagi anda semua bayangkan setiap organel tu dan kaitkan dengan kehidupan kita ni. Kena lah ingat sebab dalam exam sentiasa keluar soalan ni. Kalau x keluar pun apa salahnya nak tambah ilmu kan. See you next time semua!

Friday, May 19, 2017

KIMIA→ PENGENALAN KEPADA KIMIA

Kalau subjek kimia mesti subjek untuk menengah atas (tingkatan 4&5). Tapi masa kini, subjek sains menengah rendah menceritakan sedikit mengenai kimia tapi tidaklah terperinci. Apa kata saya perkenalkan pada kamu semua tentang kepentingan kimia ni.
Kimia qtau chemistry is everything. Barangan seperti syampu, bedak, ubat gigi, alat solek dan sebagainya merupakan campuran bahan kimia. Kita je yang tidak perasan atau sedar tentang ini.

Apakah kimia?
Kimia ialah jirim kajian tentang komposisi, struktur, sifat, dan interaksi antara jirim. Kimia ni bukan sahaja dijumpai di dalam makmal tetapi meliputi bahan-bahan yang biasa dijumpai. Logam, kertas, batu, dan ubat-ubatan juga adalah suatu kimia.

Zon Sejarah
  • Perkataan “kimia” berasal daripada perkataan Arab “al-kimiya” yang bermaksud seni penukaran logam.
  • Antoine Lavoisier (1743-1794), seorang ahli kimia Perancis dianggap sebagai pengasas kimia moden.
   Selalunya kalau makanan rasa tawar, kita mesti letak sedikit garam. Garam dalam kimia dipanggil natrium klorida, NaCl. Cuka pula ialah asid etanoik, CH3COOH yang cair. Itulah yang dipelajari dalam subjek kimia. Nama unsur, kiraannya, cara tindak balas akan kita belajar dalam kimia.

Kerjaya yang Berkaitan Dengan Kimia
  • Doktor
  • Ahli geologi
  • Ahli farmasi
  • Ahli patologi
  • Ahli biokimia
  • Jurutera kimia
  • Ahli hortikultur
  • Ahli akuakultur
  • Ahli bakteriologi
  • Pakar pemakanan
  • Ahli sains kosmik
  • Ahli sains forensik
  • Juruteknik makmal
  • Ahli sains alam sekitar

   Inilah antara kerjaya yang berkaitan dengan kimia. Best kan? Saya harap sangat generasi muda include me cuba untuk memasuki bidang sains ini. Gaji mereka pun banyak. Kalau saya, dalam banyak-banyak di atas, saya pilih ahli farmasi. Rasa macam best je buat ubat-ubat ni. Eh tapi tu hanya cita-cita kecil je. Cita-cita saya nak jadi businesswoman seperti Vivy Yusof dan Neelofa. Rasanya ayat tadi takde kaitan dengan topic ni so skip it. By the way, maybe next time saya akan post mengenai lebih lanjut tentang kerjaya. See you soon!!!

SEJARAH- TAMADUN MESOPOTAMIA

Pernah dengar tak tamadun Mesopotamia? Saya pernah dengarlah juga tamadun ni kat tv. Tapi tak pernah tahu sangat pasal tamadun ni. Tak apa, biar saya explain to you about this amazing civilization.
Tamadun_Mesopotamia
  • Tamadun Mesopotamia adalah tamadun yang terawal di dunia.
  • Perkataan ‘Mesopotamia’ dipetik dari bahasa Yunani yang bererti ‘tanah di antara dua sungai’
Kedudukan Tamadun Mesopotamia
  • Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
  • Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq sampai ke Teluk Parsi.
  • Wilayah Mesopotamia dikelilingi oleh
  • Pergunungan Zagros di timur laut
  • dataran tinggi Arab di barat daya
  • Teluk Parsi di bahagian selatan.
Tempoh Masa Kewujudan
Tamadun Mesopotamia berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M. hingga 5000 S.M. Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadun awal pada tahun 3500 S.M. Beberapa kerajaaan telah muncul di lembah Mesopotamia.
KERAJAAN
TEMPOH MASA
Sumeria
3500 - 2340 S.M.
Akkad
2371 - 2006 S.M.
Ur
2113 - 2006 S.M.
Babylon Awal
2000 – 1530 S.M.
Kassites
1530 – 1100 S.M.
Assyria
110 – 626 S.M.
Chaldea 
  1. 626– 539 S.M.         


Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang, dan akhirnya merosot. Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi.
Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
Sesebuah tamadun perlulah ada ciri-ciri yang tersendiri yang menunjukkan keadaan yang berlaku pada zaman itu. Jom kita terokai tamadun ini.
  • Negara kota
Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yang tersendiri. Negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, pelabuhan, dan kubu pertahanan. Dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar, dan rumah ibadat. Kalau nak tahu, jalan yang lurus dan lebar juga dibina (wow! Jalan pun diorang tahu nak buat. Tapi jangan pula terfikir jalan daripasa konkrit. No at all). Rumah ibadat di sana menjadi pusat sesebuah kota dan menjadi tumpuan manusia. Sebenarnya, Negara kota ni banyak dan hanya bersatu untuk menentang musuh dari luar. Maknanya, mereka ni kalau ada musuh serang barulah nak bekerjasama.
  • Organisasi
Rasanya kamu semua faham bentuk piramid di bawah.
Raja dah tentulah yang paling berkuasa antara semua. Lapisan kedua dari atas pula berperanan membantu raja mentadbir negara. Bangsawan ni pula mungkin sebab kaya kot,itulah yang diletakkan di lapisan kedua. Lapisan ketiga ni merupakan yang paling banyak iaitu rakyat jelata. Rakyat bebas ni umpama kita lah. Paling rendah sekali tu ialah hamba. Ni lah yang paling kesian. Jadi ,kita dapat dapat tahu bahawa tamadun ni pun ada sistem hamba. HAMBA PUN MANUSIA JUGA TAHU TAK!!! (marah ni)
  • Sistem pemeritahan
Berbentuk Teokrasi – raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota . Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung dan mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Raja Empat Penjuru Alam’ . Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta . Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat . Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara . Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan . Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga .

  • Perkhususan perkerjaan
Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian . Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga, perdagang dan artisan .Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus .Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah .Maka logam , kayu – kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka .Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk .Ada juga rakyat yang menjadi tentera untuk mempertahankan negara kota daripada ancaman musuh.

  • Sistem tulisan
Ia bermula dalam bentuk gambar .Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas .Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform .

Sumbangan Tamadun Mesopotamia
  • Kod Undang –undang Hammurabi
Ia digubal oleh Raja Hammurabi ,pemerintah Babylon . Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan . Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat . Ia dipahat pada tembok dan tiang besar . Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
  • Hasil Tulisan
- Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
-Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
  • Ilmu pengetahuan
- Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
Kalendar mereka berasaskan sistem solar (12 bulan satu tahun ).
-Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
  • Pengangkutan
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir . Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
  • Seni bina
Mereka membuat batu –bata dari tanah liat . Mereka mencipta arca seperti patung Raja Gudes . Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat.
  • Empayar pertama dunia
Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
  • Perpustakaan diraja
Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh.





Macam mana dengan fakta yang saya berikan? Tamadun Mesopotamia ni tak rugi pun untuk dipelajari dan diterokai lebih mendalam. Tamadun ini lah yang memberi pengajaran dan juga iktibar untuk zaman ini. Saya harap pembaca semua dapat mendalami Tamadun Mesopotamia. Jumpa lagi for the next post!

Friday, May 5, 2017

TO-DO-LIST IN ORDER TO WASH YOUR FACE CORRECTLY

   Hello orchidters! See the topic up here. Saya akan membincangkan mengenai cara menbersihkan wajah dengan betul. Are you guys ready? Ok seperti anda tahu kulit wajah kita merupakan kulit yang perlu dijaga dengan baik kerana wajahlah yang mencerminkan luaran kita. Ia lah semua orang mesti suka orang yang cantik/handsome. Manalah orang nak rapat dengan yang hodoh, right? Kajian menunjukkan bahawa 50% daripada kita tidak membersihkan muka dengan betul. What’s wrong with you people? Don’t  worry, I help you so read more to know.

§     Wash your hand and tide your hair
-         Tangan kita sekarang ni penuh dengan kuman dan sangat tak bagus kalau tidak membasuh dulu tangan sebelum sentuh wajah. Lebih bagus, just wash your hand with water or soup. Ikat rambut anda supaya tidak menganggu proses pembersihan wajah.
§     Bersihkan semua sisa makeup ( boleh skip sapa-sapa yang tidak bermakeup)
-          Bersihkan wajah dengan pembersih makeup agar muka bersih dan ready untuk membersih wajah dengan cleanser. Baru lah cleanser tu dapat menbersih keseluruhan wajah tanpa halangan.
§     Cuci wajah dengan suhu air yang sesuai
-         Untuk membersih wajah, suhu air yang sesuai ialah suam-suam kuku. Tak panas tak sejuk. Ini untuk membuka pori-pori pada wajah agar dapat membersih dengan lebih maksimal. Kalau guna air yang terlalu panas@sejuk, pembuluh kapilari di sekitar wajah anda akan rosak dan dapat mengiritasi kulit.
§     Urut wajah dengan lembut
-         Semasa mencuci tu, cuba urut wajah anda dengan lembut. Mulakan dari bawah bawa ke atas. Ni untuk melancarkan pengaliran darah di wajah.  Kenapa saya kata urut dari bawah baru atas? Kalau buat tu muka kita akan lebih anjal. Urut muka atas hingga bawah akan membuat muka mengundur.
§     Sediakan tuala untuk wajah
-         Selepas anda bersihkan wajah, ini lah masanya untuk mengeringkan wajah anda. Sediakan tuala untuk muka sahaja. Jangan mengelap muka dengan tuala mandi atau mana-mana kain yang entah mana anda dapat.Tuala mandi tu ada kuman tau so jangan gunakannya untuk mengeringkan wajah.
§     Cuci muka 2 times a day.
-         Sehari anda boleh cuci muka dua kali je. Paling maksimum pun tiga kali sehari. Itu pun kalau muka kotor sangat. Jangan sesekali cuci muka anda kerap sangat dalam sehari. Nanti muka akan bertambah teruk dan mengakibatkan kulit muka menjadi kering. The best is 2 kali sehari je. Don’t lebih-lebih.


   Jika dapat diamalkan list di atas, saya yakin kulit anda akan bersih-sebersihnya. Pastikan cleanser sesuai dengan jenis kulit anda. Mencuci muka  adalah latihan untuk mendisiplinkan diri kalau nak tahu lah. Anda perlulah mendisiplinkan diri untuk mendapatkan wajah yang diidamkan. Eh! Dah macam jawapan pengajaran untuk exam BM. By the way, see you on the next post. See you soon.

ACNE vs PIMPLE , WHAT’S THE DIFFERENTS?

Hi guys! Welcome back to my blog. Today I will discuss about this interesting topic. Dah baca kan tajuknya. Is about acne and pimple. Bila anda baca ni, there will be 3 type of people.
  1.   “Acne dan pimple ni bukan sama je ke. Dua-dua pun jerawat.”
  2.     “Jap, acne dan pimple ada beza ke? Tak tahu pun. Nak baca lah post ni.”
  3.      Dengan wajah blur “ Acne tu apa?”

Hah.. ni yang perlu discuss kan. Anda faham formula di bawah?

ACNE PIMPE

Yes! Acne and pimple is different. Sapa jawab “ Acne dan pimple memang lah beza. Beza ejaan hahaha….” Ni nak diketuk dengan laptop baru tahu.
   Jadi dah tahu lah kan dua perkataan tu beza sama sekali. Ok next kita tolong jawap soalan people no.3 tu pasal apa itu acne dan juga pimple. Scroll down please..

PIMPLE= jerawat
ACNE= merangkumi pelbagai permasalahan kulit.

Pimple ni sebenarnya English word for jerawat. Acne ni pula jenis masalah kulit. Contohnya, zits, pimple, blackheads, whiteheads, cysts. Semua tu dilabelkan sebagai acne or akne( malay word).
Sekarang sapa yang ada jerawat cuba tengok muka sekejap kat cermin. Anda ni kategori pimple skin or acne-prone skin.

Pimple skin- satu atau dua bintik  muncul di muka.
Acne-prone skin- mengalami jangkitan jerawat bernanah dengan lebih kerap.

Kalau anda pimple skin, itu ok sebab boleh dirawat dengan ubat jerawat. Lagi pun sikit je kan keluar. Itu mugkin sebab cara pemakanan kita atau hormone TAPI kalau anda acne-prone skin tu dah tahap tinggi pimple skin. Muka banyak jerawat, semua jenis jerawat ada. Tu kalau tak berhati-hati boleh keluar jerawat bernanah. Sapa-sapa yang mukanya dah teruk sangat tu lebih baik pergi jumpa pakar dermatologist di hospital.

   Now you guys knew about different between pimple anda acne. See you guys soon.

Saturday, April 29, 2017

JENIS-JENIS KULIT WAJAH YANG PERLU DIKETAHUI.

   Ok! We can start now. Seperti anda baca tajuk di atas, mengenai jenis-jenis kulit wajah. Setiap manusia tidak kira tua mahupun muda mempunyai berlainan jenis kulit wajahnya. Persamaan kita semua ialah semasa kita baby lagi. Semua kulit baby sama iaitu normal skin kerana kulit mereka belum terdedah dengan apa-apa. Bila dah meningkat usia terutamanya masa remaja, di situlah kita boleh nampak perbezaanya. Ada yang normal, kering, berminyak and so on. Tapi tahukah anda ciri-ciri kulit anda dan apa yang perlu dibuat dengan skin kita tu? Sejauh manakah anda mengetahui kulit wajah anda?  You come to the right place. Saya akan jelaskan kepada anda sekejap je lagi. So, scroll down to read more ^-^

  • ·        Normal Skin

Sapa-sapa yang mempunyai jenis kulit wajah ini, you are lucky! Definisi normal skin for me ialah kulit yang biasa tahap kelembapannya dan senang untuk dijaga. Jenis ni senang untuk memilih sebarang produk penjagaan wajah dan make-up. Anda tak perlu risau dengan kulit anda TAPI ada juga masalah yang boleh dihadapi untuk normal skin seperti kulit kusam dan tidak bermaya bagi yang selalu sibuk.  Cara penjagaannya senang je but the most important thing that you must have for normal skin is moisturizer. Yes! Kalau anda ignore this anda akan kekurangan lembap dan mungkin mengakibatkan kulit anda menjadi kering. Kelembapan normal skin ni cukup-cukup makan je. Alah, letak moisturizer je kan. Tak menyusahkan hidup pun.

  • ·        Dry skin

Dry skin atau bahasa melayunya -kulit kering. Selalunya, orang yang memiliki kulit jenis ni ialah orang yang berusia atau kasarnya,orang tua. Tapi ada juga remaja yang memiliki this type of skin. Dry skin ni terjadi kerana kurangnya kelembapan di wajah. Senang je nak tahu anda ni dry skin or not. Cuba sentuh wajah anda, rasa kering tak? Atau anda lihat cermin dan lihat sendiri ada tak garis-garis halus. Yang paling sedih tentang dry skin ni ialah wajah anda nampak tua. Huhuhu~ Bukan nak mengejek tapi that’s the fact. Sama jugak dengan normal skin, anda perlu and wajib ada moisturizer. Bab ni anda perlu perhatikan betul-betul, pastikan beli pelembap yang memang dikhaskan untuk dry skin. Normal skin pun boleh. Jangan pula beli pelembap untuk oily skin pulak. Nanti jadi bertambah kering. Pelembap ni perlu sentiasa sapu di muka lebih-lebih lagi kalau anda berada di bawa aircon. Aircon akan menjadikan kulit anda bertambah kering. Ok!

  • ·        Oily skin

Hahaha~ topic ni lah yang paling saya suka. Oily skin a.k.a. kulit berminyak. Nak tahu samada kulit anda oily or not, cuba tekap muka dengan kertas A4( ni bagi yg tak ada tisu serap minyak. Kalau ada lagi bagus). Nanti mesti kertas tu wet tompok-tompok. Oily skin ni selalunya berlaku terutamanya remaja yang memang macam-macam hormone ada. Ni lah jenis kulit wajah yang paling merimaskan dan menyusahkan bagi saya. Minyak ni paling banyak keluar rasa-rasanya tengah hari sebab ye lah kan, panas so sebum tu akan keluar minyak lebih banyak. Memang tak sah kalau takde jerawat bagi oily skin. Bagi sapa-sapa yang ada oily skin, saya doakan anda bersabar dan satu hari nanti kulit anda akan baik.  Saya tak nak cerita banyak sangat tentang topic ni because saya akan ceritakan semua ni for my next post akan datang. So, wait lah!

  • ·        Sensitive skin

Bagi yang berkulit sensitive, kulit anda mesti jadi kemerah-merahan di wajah kalau tersilap pilih produk. Rasa pedih pun ada rasanya. Ni yang perlu berhati-hati, pastikan beli produk yang memang untuk jenis kulit ni je or pergi klinik pakar dermatologi. Nanti mereka akan memerhatikan kulit anda dan beritahu mengenainya.Rasanya lebih bagus kalau anda beli skincare herba type. Saya tak pakar sangat bab sensitive skin ni tapi jangan sedih mungkin di masa hadapan saya akan post pasal bab ni.

  • ·       Combination skin

Kalau anda nak tahu, maksud combination skin is kulit wajah anda gabungan oily and dry skin. Oily skin lebih di T-zone manakala dry skin dibahagian pipi. Ni yang perlu berhati-hati sebab terdapat 2 jenis kulit pada 1 wajah. My decision is beli produk untuk combination skin. Anda juga boleh beli produk oily skin. Lebih bagus selesaikan dulu masalah oily skin baru lah uruskan dry skin. Oily skin ni susah untuk dijaga dan oleh sebab itu, anda kena focus pada oily skin berbanding bahagian dry skin anda. Kalau nak lembapkan bahagian dry skin pun boleh tapi beli pelembap yang boleh melembapkan bahagian dry skin anda dan tidak memburukkan lagi bahagian oily skin. Ini kerana pelembap for dry skin berunsurkan minyak dan memang tidak boleh for oily skin. Saya syorkan beli pelembap berasaskan air yang kedua-duanya memang boleh untuk oily and dry skin.


Thanks for reading. Anda sekarang dah tahu serba sedikit mengenai 5 jenis kulit wajah di atas. Saya harap post ni dapat membantu anda. See you! ^-^ 

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, ma...