Saturday, April 29, 2017

JENIS-JENIS KULIT WAJAH YANG PERLU DIKETAHUI.

   Ok! We can start now. Seperti anda baca tajuk di atas, mengenai jenis-jenis kulit wajah. Setiap manusia tidak kira tua mahupun muda mempunyai berlainan jenis kulit wajahnya. Persamaan kita semua ialah semasa kita baby lagi. Semua kulit baby sama iaitu normal skin kerana kulit mereka belum terdedah dengan apa-apa. Bila dah meningkat usia terutamanya masa remaja, di situlah kita boleh nampak perbezaanya. Ada yang normal, kering, berminyak and so on. Tapi tahukah anda ciri-ciri kulit anda dan apa yang perlu dibuat dengan skin kita tu? Sejauh manakah anda mengetahui kulit wajah anda?  You come to the right place. Saya akan jelaskan kepada anda sekejap je lagi. So, scroll down to read more ^-^

  • ·        Normal Skin

Sapa-sapa yang mempunyai jenis kulit wajah ini, you are lucky! Definisi normal skin for me ialah kulit yang biasa tahap kelembapannya dan senang untuk dijaga. Jenis ni senang untuk memilih sebarang produk penjagaan wajah dan make-up. Anda tak perlu risau dengan kulit anda TAPI ada juga masalah yang boleh dihadapi untuk normal skin seperti kulit kusam dan tidak bermaya bagi yang selalu sibuk.  Cara penjagaannya senang je but the most important thing that you must have for normal skin is moisturizer. Yes! Kalau anda ignore this anda akan kekurangan lembap dan mungkin mengakibatkan kulit anda menjadi kering. Kelembapan normal skin ni cukup-cukup makan je. Alah, letak moisturizer je kan. Tak menyusahkan hidup pun.

  • ·        Dry skin

Dry skin atau bahasa melayunya -kulit kering. Selalunya, orang yang memiliki kulit jenis ni ialah orang yang berusia atau kasarnya,orang tua. Tapi ada juga remaja yang memiliki this type of skin. Dry skin ni terjadi kerana kurangnya kelembapan di wajah. Senang je nak tahu anda ni dry skin or not. Cuba sentuh wajah anda, rasa kering tak? Atau anda lihat cermin dan lihat sendiri ada tak garis-garis halus. Yang paling sedih tentang dry skin ni ialah wajah anda nampak tua. Huhuhu~ Bukan nak mengejek tapi that’s the fact. Sama jugak dengan normal skin, anda perlu and wajib ada moisturizer. Bab ni anda perlu perhatikan betul-betul, pastikan beli pelembap yang memang dikhaskan untuk dry skin. Normal skin pun boleh. Jangan pula beli pelembap untuk oily skin pulak. Nanti jadi bertambah kering. Pelembap ni perlu sentiasa sapu di muka lebih-lebih lagi kalau anda berada di bawa aircon. Aircon akan menjadikan kulit anda bertambah kering. Ok!

  • ·        Oily skin

Hahaha~ topic ni lah yang paling saya suka. Oily skin a.k.a. kulit berminyak. Nak tahu samada kulit anda oily or not, cuba tekap muka dengan kertas A4( ni bagi yg tak ada tisu serap minyak. Kalau ada lagi bagus). Nanti mesti kertas tu wet tompok-tompok. Oily skin ni selalunya berlaku terutamanya remaja yang memang macam-macam hormone ada. Ni lah jenis kulit wajah yang paling merimaskan dan menyusahkan bagi saya. Minyak ni paling banyak keluar rasa-rasanya tengah hari sebab ye lah kan, panas so sebum tu akan keluar minyak lebih banyak. Memang tak sah kalau takde jerawat bagi oily skin. Bagi sapa-sapa yang ada oily skin, saya doakan anda bersabar dan satu hari nanti kulit anda akan baik.  Saya tak nak cerita banyak sangat tentang topic ni because saya akan ceritakan semua ni for my next post akan datang. So, wait lah!

  • ·        Sensitive skin

Bagi yang berkulit sensitive, kulit anda mesti jadi kemerah-merahan di wajah kalau tersilap pilih produk. Rasa pedih pun ada rasanya. Ni yang perlu berhati-hati, pastikan beli produk yang memang untuk jenis kulit ni je or pergi klinik pakar dermatologi. Nanti mereka akan memerhatikan kulit anda dan beritahu mengenainya.Rasanya lebih bagus kalau anda beli skincare herba type. Saya tak pakar sangat bab sensitive skin ni tapi jangan sedih mungkin di masa hadapan saya akan post pasal bab ni.

  • ·       Combination skin

Kalau anda nak tahu, maksud combination skin is kulit wajah anda gabungan oily and dry skin. Oily skin lebih di T-zone manakala dry skin dibahagian pipi. Ni yang perlu berhati-hati sebab terdapat 2 jenis kulit pada 1 wajah. My decision is beli produk untuk combination skin. Anda juga boleh beli produk oily skin. Lebih bagus selesaikan dulu masalah oily skin baru lah uruskan dry skin. Oily skin ni susah untuk dijaga dan oleh sebab itu, anda kena focus pada oily skin berbanding bahagian dry skin anda. Kalau nak lembapkan bahagian dry skin pun boleh tapi beli pelembap yang boleh melembapkan bahagian dry skin anda dan tidak memburukkan lagi bahagian oily skin. Ini kerana pelembap for dry skin berunsurkan minyak dan memang tidak boleh for oily skin. Saya syorkan beli pelembap berasaskan air yang kedua-duanya memang boleh untuk oily and dry skin.


Thanks for reading. Anda sekarang dah tahu serba sedikit mengenai 5 jenis kulit wajah di atas. Saya harap post ni dapat membantu anda. See you! ^-^ 

SIFAT MALAS MEROSAKKAN SEGALA-GALANYA

Hello orchidters! Pernah tak anda semua rasa malas nak buat apa pun kerja. Malas nak buat kerja rumah, malas nak tolong ibu kemas rumah, ma...